TECHNO membantu menyampaikan panduan, hebahan serta informasi mengenai teknologi, keselamatan digital dan penggunaan sistem ICT kepada warga MBPG. Melalui pendekatan yang moden dan kreatif, TECHNO Robot ICT dapat meningkatkan kesedaran serta minat pengguna terhadap teknologi, di samping menyokong usaha MBPG ke arah pendigitalan perkhidmatan dan pengurangan penggunaan kertas.
Video memberikan penerangan umum mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh warga kerja dan pengunjung di premis Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Video ini merangkumi aspek keselamatan bangunan, penggunaan kemudahan secara selamat serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran, kemalangan atau ancaman keselamatan.